Powered by Blogger.

SEJARAH SEKOLAH

Posted by daurahsakinah On 17:06 0 comments

Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih terletak kira-kira 45 km dari bandaraya Johor Bahru. Nama sekolah ini diambil sempena kawasan perumahan Taman Pasir Putih. Ia mula dibina pada 10 Ogos 1999 di atas Lot PTD 39758, Jalan Selasih 4, Taman Pasir Putih seluas 2.3526 hektar persegi dan siap sepenuhnya pada 4hb November 2001.

Ia mula dibuka pada 1 Januari 2002. Sekolah ini yang terdiri daripada sebuah bangunan 4 aras ( Aras 1 hingga aras 4 ) dan berbentuk “U”, dilengkapi dengan 24 buah bilik darjah dan bilik-bilik khas seperti Perpustakaan , Bilik Mesyuarat, Bilik Sains, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Guru, Bilik Media, Bilik Pemulihan dan bilik ICT (Makmal Komputer).

Sekolah ini mula diterajui oleh Encik Yeo Keng Guan, Guru Besar pertama yang mula berkhidmat mulai 1hb September 2002 hingga 15hb September 2002. Pada 16hb September 2002, Pn. Bibi Sakinah Bt. Haron Khan dilantik sebagai Guru Besar baru untuk mentadbir dan mengurus sekolah ini.

Melalui jaringan komunikasi kerja yang sistematik dan berkesan seperti Yahoo!Group SKTPP ini, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid diharap dapat berinteraksi dan berkongsi maklumat supaya sekolah ini cemerlang dalam semua aspek khususnya kurikulum , pembangunan sahsiah pelajar , ko-kurikulum, dan program komuniti.

Category : edit post

KATA-KATA ALUAN

Posted by daurahsakinah On 22:05 0 comments


SEKAPUR SIRIH DARIPADA ADMIN BLOG (GURU )
(MOHD SALIHUDDIN BIN HJ YUSOF)

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

Category : edit post

Waktu Sekarang

My Yahoo Messenger

PELAWAT HARI INI

TV ONLINE

Berita Online

Drama Komedi

Video Klip

Radio Online

Lawak Pendek

Filem Melayu

MP3 Player

Software

Anti Virus